NADIA N FAUZI FOREVER

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 2 Ogos 2010

Ramadhan akan menjelma


Pejam celik ,,syaaban dah nak abeess,,ramdhn plak menjelma,,begitu banyak dugaan

pada diri ini.Alhamdulillah,,hati ini masih tabah menghadapi ari2 mndatang,,smga

kedatangan ramdhan kali ini membawa berkat dan sdkit perubhan pada dri ini,,,

Bila ramadhan tiba nie teringat plak kat ma n abah kat kel,,RINDU nak jumpa

dieorang,,nak makn maskn ma,,huhuhu

next week insyallh balik kel..hoorey.....n dis is the first time for me untuk sediakan

lauk berbika for my dear hubby...ngeeee

back to cerita ramdhan....

lebih kurang 9 hari lagi, bulan yang ditunggu2 oleh semua umat Islam seluruh dunia. Bulan RAMADHAN. Bulan umat Islam untuk melakukan ibadah kepada Allah dimana fadilat dan nilai pahala itu lebih besar dari bulan-bulan lain. Ibadah Ramadhan secara umum juga dikenali sebagai ibadah berpuasa di siang hari. Menahan diri dari makan dan minum, menahan diri dari melakukan perkara yang tidak baik, menahan diri dari percakapan kita yang sentiasa laghaa dan juga menahan diri bagi suami isteri dari melakukan 'perkara' yang membatalkan puasa...

Sesungguhnya setiap umat Islam menunggu saat ini. Saat untuk beribadah sebanyak yang mungkin. Melakukan solat tarawikh, bersedekah, menunaikan zakat fitrah, menunaikan solat di waktu tengah malam (tahajud) dan sebagainya. Sesungguhnya beribadah di bulan Ramadhan, Allah akan memberi ganjaran yang berlipat kali ganda.

Sesungguhnya aku memohon padamu Allah untuk dipanjangkan usiaku untuk aku bertemu dengan Bulan Ramadhan yakni bulan yang sangat diberkati... Amin...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan