NADIA N FAUZI FOREVER

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 27 Januari 2011

indahnya hidup bersyariat

Assalamualaikum,,,mlm nie keseorngan dirumah..borim + bosan yang teramt..nk watchng tv semuanya cerita SERAM...ahaks,,(actually i'm afraid)
sedr x sedar Januari will b end n february will come to us,,surely musim orng Khawin...Of course coz nie cti raya cina .N yang pasti saya dah dpt 10 jemputan.tapi xtaULA smpat attend atau tidak,,
to all my friends who will get married i will pray for ur happness till d end.N WELCOME TO THE CLUB.ahaks
hmm next week hubby n me will back to kb..really2 happy,,dah lama rasanya tak bertndang ke kg sndri..Bukan tak rindu n tk sudi,,tapi hubby susah nak dpt cti..Nak balik sorng tak smpai hati plak nk tinggalkan die alone...
So wat should i share today,,hmmm lets think first..

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ok firstly :INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT..
mesti semua tertanya2 kan apa tue..
hmm actually
ni adalah Tajuk buku,,Its really good untuk muslim dan muslimah..N I SUGGEST semua WAJIB beli.tapi saya tak beli,,dapat hadiat,,Thanks to kakmah..Really2 thanks.bukan apa..buku ni ibarat pelengkap utk hidup kita untuk ilmu akhirat dan untuk kita amalkan,,,Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah dan bergambar.

jap nak upload pic this book


n seriouslaaa,,bnyak bnda baru saya dapat beljar dri buku ini,,,Bukan apa bila dah khawin nie terasa tanggungjawab makin bnyak,,n tiada apa sya perlu kejar melainkan ilmu akhirat,,,bukan apa...Banyak masa2 silam telah sya sia2kan,,
(iF I COULD RETURN BACK D TIME)xperlula saya certakan disini cukuplah sekadar bkngsi luahan n penyesalan,,,huhuuu
Insyallah akn cuba menjadi Isteri n ibu yang baik utk Suami dan anak2 nanti.doa2kan yea..

Jumaat, 7 Januari 2011

2011 now

Assalamualaikum..dah masuk 2011 kite semua yea..bermakna bertambah lagi umur kite semua,,Alhmdulillah masih dpanjangkan umur dan dbri peluang utk terus hidup dan memperbaiki kesilapan yang lepas.Thanks God
2010 meninggalkan kite semua dngan 1000 kenangan smada pahit ataupum manis but surely ianya akn menjadi pengajaran serta pengalamn yang akan membuatkan kite terus matang mnhadpi hidup ini.Dan ini bermakna akan masuk 2thun usia perkhwinan kami kalau ikut bulan but 3 thun kalau ikuut tahun.ahaks..ALhamdulillah perkhwinan ini lebh mematangkan sya dN lebih mengenal erti tanggungjawab..n yang pasti SAYA BAHAGIA DENGAN SUAMI SAYA..ahaks =) Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.



hmm wat ever pom,,lets share something yang sngat intresting,,yang saya xpasti sape penulisnya..entrynya sngat menarik

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas).

Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri.

Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu.

Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

**atikel ini diambil dari note yg saya terbaca.. agak menarik.. tapi sy tak tahu sape pemilik note ini.. kalau penulisnya terbaca di blog ini harap dihalalkan dunia dan akhirat ye.. sesuatu yg berguna untuk dikongsi