NADIA N FAUZI FOREVER

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jumaat, 10 Februari 2012

Penantian itu satu penyiksaan

Assalamualaikum
salam Jumaat yang terindah :):)
hari nie saya rest kat rumah setelah sebulan kerja non stop,,Masa tue stress nya saya,,sekarang nie dah okay skiit,,Alhamdulillah masih dpnjngkan umur dan diberika kesihatan yang baik,dan arini masak n wat mkn2 skit kepada adik ipar y baru khwin :)
,Actually semua akn tertanya2 kenapa sya buat tajuk ENTRY kali ini sbgitu,,
huhuhuuh :)
Benar penantian satu penyiksaan.Hampir 3 tahun saya dI uJI Allah untuk hadapi semua ini,berdoa2 dan terus berdoa smua yang terbuku di hati dapat di capai,Hanya Allah yang tahu apa yang terkandung di hati .Alhamdulillah saya masih di beri kekuatan,masih mampu untuk berdri meghadpi sgla bagai yang menimpa diri :) DAN yang penting saya masih mampu tersenyum dan membuat orang lain tersenyum :))saya belajar REDHA atas segala ketentuan nya,ALLAH TAHU YANG TERBAIK UNTUK SYA DAN SAYA TAHU Allah akan gantikan yang lebih baik untuk sya....

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

kata-kata ini menjadi penguat untuk saya:)
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu sya lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita semua. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

dan kerana itu,sehingga hari ini saya masih mampu bersabar,berusaha untuk cri jalan penyelesaian kepada maslh yng tidak pasti.Alhamdulillah kalaupum Allah uji saya kepada ujian itu,tapi Allah berikan saya kebhgian dengan adanya dia untuk saya,Yang tidak pernah merungut atau mempersoalakn tentang perkara tersebut,,
tq sayang kerana menyanyangi diri ini seadanya,n I want d world know that i'm really love u,,more than evrything,n cinta kepada Allah juga pasti yang pertama
Semoga penantian saya selama ini akan berakhir,Dear friends n readers PLEASE PRAY FOR ME ::)

Selasa, 7 Februari 2012

Nilainya sekeping hati

Kalau tak mampu mencinta, jangan pernah sentuh hati seseorang,
kalau tak mampu setia, jangan pernah mengukir janji,
kalau tak mampu menggenggam hubungan, jangan pernah beri harapan,
kerana hati manusia itu
Terlalu bernilai untuk disakiti,
Terlalu mahal untuk disia-siakan,
Dan terlalu berharga untuk dihancurkan..

Pesan pada DIRI..
Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi..
Pada insan yang tak mengerti.. Kerana, sekali kau memberi, selamanya dia di HATI..
Kerana, sekali kau dilukai, sampai bila-bila tetap kau ingati..

Pesan lagi pada DIRI..
Hati-hatilah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI.



dan kerana DIA sangat bernilai untuk saya:)