NADIA N FAUZI FOREVER

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 24 September 2012

24 september 2012

Malam yang sepi ini terasa sangat sunyi tanpa dia di sisi,trauma kehilangan masih terasa pada diri ini..,,Kadang-kadang hati ini terasa amat sayu sehingga mengalirkan air mata,Hati saya terluka.TAPI UNTUK RASA SEDIH ATAS KEHILANGAN ITU LUMRAH KAN :( Untuk rasa keliru dengan apa yang jadi, tu pun lumrah, kan ? Untuk rasa yang segala benda macam tak make sense sangat, tu pun kira lumrah, kan ? Rasa kehilangan tu bukannya boleh hilang dalam masa sehari dua. Setahun dua pun belum pasti. Tempoh untuk rasa tu hilang dalam jangka masa seumur hayat pun tak boleh nak dijanji.Alhamdulillah Ramai juga yang bersimpati dan memberi kata-kata semangat. Jangan sedih, si anak akan menunggu di syurga, katanya. Ustaz kata, kandungan yang keguguran, anak tu akan menunggu di Syurga dan mendoakan ibu bapanya agar dimudahkan masuk ke Syurga. Walaupun jambatan sebesar rambut, tetapi apabila doa Bidadari Syurga diterima, jambatan akan menjadi sebesar-besarnya agar mudah dilalui. Tapi, adakah ia merangkumi semua kandungan yang keguguran atau kandungan yang telah ditiupkan rohnya sahaja? Itu saya tak pasti. Tapi jika benar, sekurang-kurangnya kami ada seorang orang anak yang menanti di Syurga.Apapum saya akan berusaha untuk zuriat kami nanti.Doakan saya sahabat
Man Jadda Wa Jada adalah berasal daripada pepatah Arab untuk membangkitkan motivasi diri, yang bermaksud : "Siapa yang bersungguh-sungguh, pasti berhasil." oklaa esok dah start kerja,Apapum semoga saya kuat menghadapi REALITI :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan