NADIA N FAUZI FOREVER

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 29 November 2012

REDHA itu ikhlas,PASRAH itu menyerah

Redha ke saya sekarang ni..atau pum sya pasrah.. tapi saya selaLu motivasikan diri saya ingat satu je jika allah berkehendakkan , dia akan ada , kalau tidak , kita jaga macam mana sekalipun kalau bukan rezeki kita , ia x akan jadi milik kita.:) Ya Allah kuatkan hati saya untuk hadapi apa sahaja dugaan mendatang.AMEEN

Selasa, 2 Oktober 2012

Kesedihanku


"Rasa penat sgt. Tapi saya kena kuat. Rasa sedih sgt. Tapi saya kena tabah. Rasa kecewa sgt. Tapi saya kena berusaha" 


Ahad, 30 September 2012

REDHA ATAS UJIAN ALLAH

luka di hati...kan sembuh sendiri...bila kena ketika...keadaan nya....rindu di hati...kan terubat sendiri...bila yang 'dirindu' berada di 'hadapan' mata..... risau di hati...kan bisa ditenangkan....bila janji dapat dikotakan... dan hanya pada-Nya....dipohonkan segala....pada-Nya jua diletakkan segala kebergantungan....kerana Dia Maha Mengetahui....Maha Mengasihani.... Dia tidak akan sesekali memungkiri janji....Dia juga tidak akan sesekali menzalimi... ketentuan Allah adalah rahsia Allah... Ya Allah kuatkanlah hati hambamu ini...... Kuatkan aku untuk menerima dugaanMu ini lagi Ya Allah.... Kuatkan aku untuk melawan kesedihanku ini Ya Allah... Kau lapangkanlah hatiku... Kau redhakanlah aku dgn dugaanmu ini... Amin

Khamis, 27 September 2012

ADAM HAWA

Happy friday everybody.Jumaat yang sngt indah dan smestinya yang berada di kelantan terengganu hari ni cuti..So saya akn rest puas2.Hmm harini 28 september 2012 Perdana Menteri Malaysia akan membentangkan belanjawan bagi tahun 2013.Dan kita sebagai rakyat Malaysia pastinya mengharapkan belanjawan tahun ini lebih baik dari tahun lepas.Sekejapnya masa berlalu.pejam celik kita sudah berada di penghujung tahun 2012.Apapum yang saya nak story disini berkenaan ADAM DAN HAWA.Drama bersiri Astro Mustika HD yang kian menjadi kegilaan dikalangan kita semua n termasuk saya :)Diadaptasikan novel Adam dan Hawa karya Aisha Sofea.Best tau cerita ni .n kerana tidak sabar saya telah membeli novel ni secara online semalam kat sini http://www.alaf21.com.my/prodDetails.asp?idpr=159.
so selamat menonton semua

Isnin, 24 September 2012

24 september 2012

Malam yang sepi ini terasa sangat sunyi tanpa dia di sisi,trauma kehilangan masih terasa pada diri ini..,,Kadang-kadang hati ini terasa amat sayu sehingga mengalirkan air mata,Hati saya terluka.TAPI UNTUK RASA SEDIH ATAS KEHILANGAN ITU LUMRAH KAN :( Untuk rasa keliru dengan apa yang jadi, tu pun lumrah, kan ? Untuk rasa yang segala benda macam tak make sense sangat, tu pun kira lumrah, kan ? Rasa kehilangan tu bukannya boleh hilang dalam masa sehari dua. Setahun dua pun belum pasti. Tempoh untuk rasa tu hilang dalam jangka masa seumur hayat pun tak boleh nak dijanji.Alhamdulillah Ramai juga yang bersimpati dan memberi kata-kata semangat. Jangan sedih, si anak akan menunggu di syurga, katanya. Ustaz kata, kandungan yang keguguran, anak tu akan menunggu di Syurga dan mendoakan ibu bapanya agar dimudahkan masuk ke Syurga. Walaupun jambatan sebesar rambut, tetapi apabila doa Bidadari Syurga diterima, jambatan akan menjadi sebesar-besarnya agar mudah dilalui. Tapi, adakah ia merangkumi semua kandungan yang keguguran atau kandungan yang telah ditiupkan rohnya sahaja? Itu saya tak pasti. Tapi jika benar, sekurang-kurangnya kami ada seorang orang anak yang menanti di Syurga.Apapum saya akan berusaha untuk zuriat kami nanti.Doakan saya sahabat
Man Jadda Wa Jada adalah berasal daripada pepatah Arab untuk membangkitkan motivasi diri, yang bermaksud : "Siapa yang bersungguh-sungguh, pasti berhasil." oklaa esok dah start kerja,Apapum semoga saya kuat menghadapi REALITI :)

Ahad, 23 September 2012

KESAYANGAN SAYA DUNIA DAN AKHIRAT

ASSALAMUALAIKUM selamat petang,Petang lagikan kalau pum sekrang dah kul 10.14pm.Teringat kata-kata cikgu sekolah rendah saya selagi kita tak tiduR selagi tu petang,hehehehehe :) btw let me introduce orang kesayangan sya dunia akhirat saya,,merekalaa pelengkap hidup saya.ALHAMDULILLAH
(NI LAA HERO DALAM HIDUP SAYA)
(NILAA MA N ABAH SAYA SERTA ADIK2 KESAYANGAN SAYA)

Sabtu, 22 September 2012

ANUGERAH ALLAH YANG SEMENTARA

Assalamualaikum,, lama sudah tak bertandang ke blog sendri n update isi hati,Last Update Mac 2012,,,Kini ramadhan dan syawal telah berkhir apapum masih ada peluangkan untuk saya untuk memhohon maaf kepada semua yang membaca blog sya n tak membalas msg yang dihantr.Apapum sepnjng sya tak update blog ni sya menerima ANUGERAH ALLAH YANG SANGAT BERNILAI UNTUK DIRI SAYA N SUAMI pada pengakhiran syaaban dan pengawalan RAMADHAN,ALHAMDULILLAH:) Tapi dipertengahan Syawal anugerah itu tiada lagi:).sesunguhnya anugerah yang smentara itu akan sya ingat seumur hidup sya,diberi peluang untuk lalui saat-saat yang indah .dan sesungguhnya percaturan ALLAH untuk sya adalah yang terbaik dan kini sya kembali bangkit dari mimpi semalam yang sngt indah,dan bangkit dari kehilangan .SEKURANG-KURANGNYA ALLAH BERI PELUANG UNTUK SYA MENJAGA ANUGERAH BELIAU ITU :) Setiap yang bermula, pasti ada akhirnya. Setiap yang hitam, pasti ada putihnya. Setiap yang kabur, pasti ada jelasnya. Dan setiap yang benci, pasti ada sayangnya. Setiap yang sedih, pasti ada gembiranya.Dia sudah pergi, bersama dengan kasih syang saya n suami . Segala kenangan sepanjang Anugerah itu bersama saya,saya basmikan dengan satu doa. ‘Ya Allah, pelihara dia disana’. Tidak wajar saya berbungkam, dengan langkah yang menumpang. Kerana angin ribut bakal berakhir jua. Kata pepatah ‘kita tidak akan berpijak pada air yang sama di sungai, kerana ianya sudah mengalir pergi’. Usah diingatkan terlalu, apa yang telah berlalu. Dengan kehilangan dia, mungkin kita perlu lebih belajar untuk menghargai sesuatu atau seseorang. Dan saya REDHA mengharapkan Allah menggantikan dengan yang lebih baik.Mula menerima segala aturan Allah,Dan ALHAMDULILLAH SUAMI SAYA DISISI SAYA WAKTU SUSAH DAN SENANG,WAKTU GEMBIRA DAN SEDIH..DIA YANG SENTIASA MEMBERI SEMANGAT UNTK SYA.I'M REALLY LOVE U HUSBAND dan Untuk renugan saya dan kawan-kawan kadang-kadang, kerana terlalu sayang dengan seseorang, Allah ambil dia dari kita. Allah jarakkan kita dengan dia. untuk uji kita. masihkah kita sayang pada yang MENGURNIAKAN rasa sayang itu masihkah kita sayang pada yang MENGANUGERAHKAN rasa sayang itu. dan masihkah kita percaya pada aturan DIA. untuk sedarkan kita. bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi, lebih dari segala-galanya. dan kadang-kadang, Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai. saat Allah jarakkan kita, lalu timbul rasa rindu dan menyesal, itu bukan untuk menghukumi kita. tapi untuk memberi pengajaran. bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka, Allah akan mengambil mereka untuk disayangi lebih dari yang mahu kita lakukan. LASTLY KU TAHU KU ADA MU ALLAH

Selasa, 6 Mac 2012

Rindu

terbaca sesuatu yamng menarik hari ini "CERITA TENTANG RINDU" ,kebtulan saya sedang merindu ..:)
sangt menarik kata-katanya,sngt tersentuh dngan tulisannya..
so jom baca sama

http://www.sentuhanmaya.com/

tertarik dengan kata-katanya
"Dan tersenyumlah saat kamu mengingatiku kerana saat itu aku sangat merindukanmu dan Menangislah saat kamu merindukanku,kerana saat itu aku tidak lagi disampingmu"

hebat tulisan beliau kan ..sngt kagum

btw u pentup sya sngt RINDUKAN mohd fauzi :)

Isnin, 5 Mac 2012

lara lagi

Assalamualaikum,,lama x update blog sndri,:) mlm ni terpikir plak nak update....huhuhu,,dah lewat mlm mata still tak mau lelap..ntahlaa,actually I MISS HIM VERY MUCH..terasa lamanya my husbnd xde dngan sya..nak wat camne kan,,kerja lagi penting,,Tak kerja dia x mkn laa kami suami isteri,,hehehhe.Actualyy we hv a hectic life,,sngt tiada masa u diri sendri n u spent time u kami berdua..i wish n hope he will back as soon as Posible,,saya rindu dia,,(SUAMI SAYA MERANGKAP TEMAN SAYA DAN SAHABAT BAIK SAYA)btw lets enjoy dis song together,,sngt2 sdh :)




Hanya sampai di sini sahajaKisah cinta kita berduaTiada daya selamanyaTerhenti di siniBiar ku pujuk hati iniMerawat rinduku sendiriSetelah aku kau lukaiSedangkan kau tahuKasih aku hanyalah untukmuTiada lain dalam dirikuTakkan berubahwalau dipisah laut biruCinta aku hanyalah untukmuTak pernah goyahTak pernah jemuTakkan terpadam dalam hatikuIa milikmu.. percayalahMungkin sudah suratan kitaTerpisah sebegini sajaPasti di suatu hari nantiKu jejak bahagia…





Jumaat, 10 Februari 2012

Penantian itu satu penyiksaan

Assalamualaikum
salam Jumaat yang terindah :):)
hari nie saya rest kat rumah setelah sebulan kerja non stop,,Masa tue stress nya saya,,sekarang nie dah okay skiit,,Alhamdulillah masih dpnjngkan umur dan diberika kesihatan yang baik,dan arini masak n wat mkn2 skit kepada adik ipar y baru khwin :)
,Actually semua akn tertanya2 kenapa sya buat tajuk ENTRY kali ini sbgitu,,
huhuhuuh :)
Benar penantian satu penyiksaan.Hampir 3 tahun saya dI uJI Allah untuk hadapi semua ini,berdoa2 dan terus berdoa smua yang terbuku di hati dapat di capai,Hanya Allah yang tahu apa yang terkandung di hati .Alhamdulillah saya masih di beri kekuatan,masih mampu untuk berdri meghadpi sgla bagai yang menimpa diri :) DAN yang penting saya masih mampu tersenyum dan membuat orang lain tersenyum :))saya belajar REDHA atas segala ketentuan nya,ALLAH TAHU YANG TERBAIK UNTUK SYA DAN SAYA TAHU Allah akan gantikan yang lebih baik untuk sya....

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

kata-kata ini menjadi penguat untuk saya:)
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu sya lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita semua. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

dan kerana itu,sehingga hari ini saya masih mampu bersabar,berusaha untuk cri jalan penyelesaian kepada maslh yng tidak pasti.Alhamdulillah kalaupum Allah uji saya kepada ujian itu,tapi Allah berikan saya kebhgian dengan adanya dia untuk saya,Yang tidak pernah merungut atau mempersoalakn tentang perkara tersebut,,
tq sayang kerana menyanyangi diri ini seadanya,n I want d world know that i'm really love u,,more than evrything,n cinta kepada Allah juga pasti yang pertama
Semoga penantian saya selama ini akan berakhir,Dear friends n readers PLEASE PRAY FOR ME ::)

Selasa, 7 Februari 2012

Nilainya sekeping hati

Kalau tak mampu mencinta, jangan pernah sentuh hati seseorang,
kalau tak mampu setia, jangan pernah mengukir janji,
kalau tak mampu menggenggam hubungan, jangan pernah beri harapan,
kerana hati manusia itu
Terlalu bernilai untuk disakiti,
Terlalu mahal untuk disia-siakan,
Dan terlalu berharga untuk dihancurkan..

Pesan pada DIRI..
Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi..
Pada insan yang tak mengerti.. Kerana, sekali kau memberi, selamanya dia di HATI..
Kerana, sekali kau dilukai, sampai bila-bila tetap kau ingati..

Pesan lagi pada DIRI..
Hati-hatilah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI.



dan kerana DIA sangat bernilai untuk saya:)