NADIA N FAUZI FOREVER

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 25 November 2013

Rindu pada yang tiada

Setahun sudah tidak bertandang ke blog sendiri,mungkin proses untuk pulihkan diri sendiri menghadapi kehilangan insan-insan tersayang.peritnya hati ini kehilangan anak sendiri kehilangan arwah abah dan nenek..lebih perit lagi bila rindu datang bertandang.tiada tempat untuk diluah ,,Hanya pada Allah tempat mengadu. There are no perfect fathers. But a father will always love perfectly. Remember to care for those who care for you. Saya rindukan arwah abah yang sentiasa akan ada disisi,,saat gembira atau sedih,,dialah yang akn hadr pujuk diri ini. Semalam hari kelahiran beliau ,,teringat saya setahun yang lepas berkali-kali saya tnya abah nak hadiah apa.. katanya abang nak jam tangan,, masa itu saya bertugas di Paralimpik di Kuantan..sya kata abah tunggu nnti yaa balik yaa bawa jam untuk abah..tapi masa xmengizinkan saya..Allah lebih sayangkan arwah abah..arwah abah pergi dengan pesanan jaga diri baik2 n makan ubat kerana ketika itu saya demam,,saya rindu arwah..Al-fatihah untuk arwah abah ;( Ya Allah tempatkanlah arwah abah saya dikalangan orang-orang beriman dan kau ampunilah segala dosanya. Hargai dan berbaktilah sebaik-baiknya selagi ibubapa anda masih ada di dunia ini. Jangan leka walaupun seketika. setahun tidak bertandang ke blog sendiri pelbagai kisah suka n duka diri ini tanggung,,pertemuan dan perpisahan yang tak sanggup lagi untuk hadapi,,Redha akan ketetapan ilahi,,sesunguhnya dia lebih mengerti segala percaturan untuk diri ini. Demi kerana bahagia, ku pujuk hati sendiri Demi kerana bahagia, ku lepaskan dia pergi Demi kerana bahagia, ku relakan perpisahan ini Demi kerana bahagia, ku pendam rindu ini Demi kerana bahagia, ku telan segala kesakitan ini Demi kerana bahagia, ku menangis berteman sepi Demi kerana bahagia, ku kuatkan semangat dalam diri Demi kerana bahagia, ku kumpulkan tenaga untuk kembali berdiri Demi kerana bahagia, ku gagahkan diri untuk terus berlari. Demi kerana bahagia, ku akan kembali. Demi kerana bahagia, ku pasti ini yang terbaik.